
Kerajaan sedang kaji kebenaran kemasukan pekerja asing
JASIN 29 Jun – Kerajaan sedang mengkaji permintaan bagi kebenaran kemasukan pekerja asing di negara ini di dalam sektor berkeperluan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia khusus melibatkan pekerja daripada pembantu rumah (maid) mahupun sektor perkapalan.
“Kita memberikan kebenaran mengikut keperluan dan kehendak semasa bagi kedua-dua sektor ini.
“Pada masa sama walaupun ada agensi yang punyai kelonggaran mengambil pekerja asing, mereka diminta untuk mendaftar melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM).
“Kita arahkan kementerian dalam negeri utk suruh mereka daftar dengan KSM supaya kita dapat mengawal kemasukan pekerja asing di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan di Kilang Xinyi Solar di sini, baru-baru ini.
Ujarnya, kementerian dalam negeri perlu mewujudkan sistem di mana setiap pekerja asing yang masuk dalam negara harus dimaklumkan kepada KSM.
“Ini bukan untuk kelulusan, tetapi lebih kepada maklumat supaya kita dapat menyemak semula jumlah pekerja yang sedia ada dan keperluannya,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...