Kerajaan sedang analisis keberkesanan vaksin

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 18 Sept – Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Dr A. Mahes mendedahkan perkara itu ketika ditanya sama ada terdapat pendekatan yang mungkin untuk menjalankan analisis terhadap keberkesanan vaksin tersebut.

Ini susulan trend pelbagai pihak cuba melakukan analisis sendiri sehingga mengelirukan masyarakat dengan menyatakan keberkesanan vaksin dikatakan menurun selepas sesuatu tempoh.

“Kami sedang menjalankan usaha itu tetapi kami perlu berhati-hati kerana ia bukan sahaja menyentuh soal perangkaan…ia juga menunjukkan bagaimana kita menggambarkan dan memberi pemahaman khusus tentang isu tersebut.

“Kami berharap dapat melakukannya dengan secepat mungkin,” katanya semasa taklimat media hari ini berhubung laman web COVIDNOW yang berkongsi data terperinci harian COVID-19.

Sementara itu, menurut Ketua Unit Audit Klinikal, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Dr Faizah Muhamad Zin, berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan penuh tidak akan ada pelaporan data tertunggak kes kematian COVID-19 walaupun jumlahnya telah berkurangan sejak kebelakang ini.

“Data kesihatan amat dinamik. Jika saya memberitahu anda bahawa esok semuanya akan selesai tetapi tiba-tiba dalam dua hari akan datang, kita melihat ada sebilangan kes tertunggak,” katanya.

Berdasarkan data COVIDNOW, sejumlah 388 kes kematian dilaporkan semalam dengan menjadikan jumlah kematian mencecah 22,743 kes.

Daripada jumlah kematian semalam, 108 kes adalah kes yang dilaporkan sejak seminggu lalu manakala bakinya adalah pelaporan kes kematian tertunggak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

319
Kongsi :
Previous post KBS gesa operator, pengguna gim patuhi SOP elak ditutup semula
Next post Kes sembuh tinggi melebihi kes baharu
Ubah saiz-+=