Kerajaan, PH setuju pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan diperhalusi
KUALA LUMPUR, 11 April – Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mempersetujui tiga perkara berhubung pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan termasuk memperhalusi berkaitan tafsiran bagi larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan memansuhkan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan, termasuk mana-mana pindaan lain kepada Perlembagaan Persekutuan yang dianggap perlu.
Perkara 48 (6) menyatakan seseorang yang melepaskan keahliannya di Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
“Ketiga adalah menggubal satu rang undang-undang khusus berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan perkara ini akan dikemuka untuk dibincang dan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dilantik oleh dewan ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat hari ini. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...
W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebanyak 123 lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang rosak telah...
175 MASYARAKAT TIONGHOA TERIMA ANGPAU
KUALA LINGGI 17 Januari - Seramai 175 orang masyarakat Tionghoa dari Parlimen Masjid Tanah menerima sumbangan perayaan bersempena Tahun Baharu...