
Kerajaan pertimbang bayar yuran permulaan bantu belia sertai TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata iaĀ kerana bayaran yuran itu mungkin menjadi salah satu kekangan yang dihadapi belia untuk menyertai program berkenaan.
āJika ini boleh kita pertimbangkan untuk bantu mereka mungkin lebih ramai lagi belia khususnya Orang Asli akan terlibat dengan TVET,ā katanyaĀ pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH-Bentong) mengenai inisiatif kerajaan untuk meningkatkan bilangan belia dalam bidang TVETĀ khususnya luar bandar dan Orang Asli.
Sementara itu, Fadillah berkata TVET adalah pembelajaran sepanjang hayat iaituĀ pelajar bukan sahaja boleh terlibat dengan kursus jangka panjang, malah juga program jangka pendek yang melibatkan latihan asas sesuatu bidang.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) sama ada kerajaan berhasrat untuk menambah atau menganjurkan program TVET jangka pendek kepada belia negara ini.
Selain itu, merujuk kepada data terkiniĀ Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang menyatakan hanya lima peratus belia Malaysia terlibat TVET, Fadillah berkataĀ kenyataan ituĀ adalah berdasarkan penglibatan beliaĀ berumur antara 15 hingga 24 tahun.
āIni mengambil kira populasi belia negara dalam lingkungan umur yang sama berjumlah seramai enam juta orang berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan MalaysiaĀ (DOSM).
āData dinyatakan oleh UNESCO ini adalah selari kerana statistik enrolmen bagi tahun 2021 menunjukkan bilangan belia dalam kategori umur yang sama menyertai program TVET adalah seramai 360,000 orang,ā katanya.
Beliau menjawab soalan asal Young SyefuraĀ mengenai data terkini UNESCO melalui International Centre for Technical and Vocational Education and Training yang menyebut hanya lima peratus belia Malaysia terlibat TVETĀ serta sejauh mana ketetapan dapatanĀ itu berbanding data enrolmen, sertaĀ strategi kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan TVET.
Pada masa sama, Fadillah berkata kerajaan menyasarkan 50 memorandum perjanjian (MoA) bersama pihak industri danĀ syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi tahun ini seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.
Sebagai permulaan, beliau berkata 10 MoA dengan GLC dan syarikat swasta akan dimuktamadkan bagi pelaksanaan program TVET berimpak tinggi dan perjanjian itu sebagai platform kerjasama induk antara GLC dan syarikat swasta dengan kerajaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.