Sorting by

×

Kerajaan negeri siap sedia terima kemasukan anak rantau dan pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SUNGAI RAMBAI 25 April – Kerajaan negeri bersiap sedia menerima kepulangan anak rantau dan kemasukan pelancong ke Melaka sempena sambutan Aidilftri yang akan tiba tidak lama lagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihaknya sudah menjangkakan hal ini memandangkan dua tahun penduduk tidak merasai suasana dan kemeriahan hari lebaran ekoran pandemik COVID-19.

Beliau berkata, semua pihak bukan sahaja pemain industri pelancongan malah pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut diminta untuk bersiap sedia.

“Sudah semestinya kita sedia terima dan sudah pasti Melaka akan dibanjiri apatah lagi cuti raya panjang. Melaka bukan hanya akan dibanjiri dengan mereka yang hendak sambut hari malah untuk bercuti serta berada lama di sini.

“PBT juga sebelum ini kita sudah minta untuk bersiap sedia menerima kemasukan begitu juga industri pelancongan termasuk hotel dan inap desa mereka ini diminta untuk siap sedia terima pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Festival Kuih Tradisional dan Pelita Raya Aidilfitri Melaka 2022.

SULAIMAN (tiga dari kanan) mengacau dodol ketika merasmikan penutup Festival Kuih Tradisional dan Pelita Raya Aidilfitri Melaka 2022.

Hadir sama Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Siti Faizah Abdul Adzis.

Menurut beliau, pihaknya juga meminta semua pihak tidak mengambil mudah dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya juga maklum mesti ada kerjasama dua hala iaitu mereka yang datang mesti mematuhi SOP dan yang buka kedai menjual produk pelancongam pun mesti patuhi SOP,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, inisiatif JAPERUN Sungai Rambai dan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) mengadakan festival seperti ini dapat melonjakkan semula kuih-kuih tradisional.

“Sekarang ini kalau pergi beraya kuih ini jarang kita dapat jumpa. Ini amat baik malah ia juga dapat sambutan cukup baik.

“Saya ingat dun-dun lain kalau boleh buat perkara sama dalam menyemarakkN bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

988
Kongsi :
Previous post PRU-15: UMNO Melaka jalani proses pemilihan sebelum Oktober
Next post Masjid Tanah dahulu, baru fokus daerah baharu lain – Ketua Menteri
Ubah saiz-+=