Sorting by

×

KERAJAAN NEGERI PERMUDAHKAN URUSAN MANGSA KEBAKARAN

Masa Membaca:56 Saat

PANTAI KUNDOR 17 Oktober – Kebajikan dua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa mereka di Kampung Bukit Gedong, Tanjung Kling, rentung dalam kebakaran pagi tadi, mendapat perhatian segera Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Rais berkata, Kerajaan Negeri akan melihat keperluan dan bantuan yang sesuai untuk disalurkan bagi meringankan beban mangsa yang hilang hampir segala-galanya dalam tragedi itu.

“Mewakili Kerajaan Negeri saya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa, selain sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beberapa bantuan lain akan menyusul.

“Kita juga akan mendapat kediaman sementara yang lokasinya hampir dengan sekolah bagi memudahkan urusan persekolahan anak-anak mangsa,” katanya selepas melawat mangsa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @Mohd Hashim.

Beliau yang juga Adun Paya Rumput berkata, Kerajaan Negeri ada menyediakan bantuan bencana untuk pembinaan semula rumah, namun beberapa aspek perlu diteliti dan ambil kira.

“Menerusi bantuan bencana ada peruntukan membina semula rumah, tetapi kita perlu lihat semula untuk dipertimbangkan kerana ini adalah rumah sewa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

94
Kongsi :
Previous post PENDEKATAN KREATIF, INOVATIF SANTUNI BELIA
Next post PRR PERTAMA DI MELAKA SEDIA UNIT KHAS UNTUK OKU
Ubah saiz-+=