Sorting by

×

KERAJAAN NEGERI PEDULI, CAKNA KEPAYAHAN GOLONGAN SASAR

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI BENDAHARA 13 Disember – Berkongsi rezeki dan menceriakan golongan kurang berkemampuan terutama setiap kali menjelang sambutan perayaan utama menjadi satu kemestian buat Kerajaan Negeri Melaka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, tanpa mengira batasan agama atau kaum kerajaan sentiasa cakna terhadap kepayahan dialami golongan berkenaan.

“Kerajaan Negeri seboleh-bolehnya tidak mahu ada golongan yang ketinggalan, jadi aktiviti menyantuni mereka ini kerap dijalankan menerusi pelbagai program atau majlis sambutan sudah diatur. Setiap rintihan dan keluhan golongan kurang berkemampuan ini akan diambil tindakan segera untuk meringankan beban mereka.

“Banyak lagi bantuan kebajikan yang sedang dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan terutama bagi memastikan kebajikan dan kepedulian rakyat mendapat perhatian sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Perayaan Krismas 2024 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dewan Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, KerajaanTempatan, Perubahan Iklim, Saliran dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan

Turut hadir Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agam negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco serta Timbalan Exco.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

53
Kongsi :
Previous post ANGKAT KEMAHIRAN BIDANG PEMBERSIHAN SEBAGAI CABANG TVET
Next post POLIS KESAN WANITA DAKWA AKAN LANGSUNG PERKAHWINAN BERSAMA TENGKU HASSANAL
Ubah saiz-+=