
Kerajaan Negeri Melaka berduka tragedi kemalangan guru SK Jeram
SERI Negeri 9 Jun – Kerajaan Negeri Melaka merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga kemalangan membabitkan nahas bas persiaran dengan sebuah treler di Rompin, Pahang, awal pagi tadi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini dilaporkan tiga mangsa maut
termasuk dua guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, manakala 36 lagi penumpang cedera.
Katanya dua guru dari SK Jeram yang meninggal dunia dikenali sebagai Allahyarhamah Hasnatul Adilah Hassan, 48; dan Allahyarham Hamzah Ahmad, 60.
“Melaka berduka dengan tragedi yang menimpa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
“Saya turut mewakilkan Eco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Setiausaha Politik saya, Abdul Hakim Abdul Wahid serta Pengarah Pendidikan Melaka Mohammad Ghazali Ahmad, untuk menziarahi serta memberikan bantuan segera kepada semua mangsa yang cedera di Hospital Muadzam Shah” kata Ketua Menteri menerusi satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, mangsa-mangsa kemalangan mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, Hospital Kuantan dan Hospital Segamat, Johor.
“Kerajaan Negeri akan memantau perkembangan tragedi ini dari semasa ke semasa. Segala urusan jenazah akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.