Sorting by

×

Kerajaan negeri iktiraf jabatan dan agensi menyumbang kepada pembangunan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Mac – Kerajaan negeri terus memartabatkan peranan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri yang menyumbang kepada pembangunan di Melaka.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Zaidi Johari berkata, Anugerah Projek/Program Terbaik dan Kajian Penilaian Outcome Terbaik Negeri Melaka 2021 julung kali diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada jabatan dan agensi yang berjaya membentuk sebuah pengurusan pembangunan lengkap serta cemerlang.

Beliau berkata, anugerah diadakan itu sekali gus mampu menyuntik semangat jabatan dan agensi bagi memberikan perkhidmatan terbaik pada masa akan datang.

“Anugerah ini seiring bagi mengetengahkan bakat dan ketokohan dalam pengurusan peojek serta mengiktiraf mereka yang menyokong aspirasi kerjaan negeri dalam penilaian outcome pembangunan Melaka.

“Malah mereka mampu menjadi ‘role model’ sebuah pengurusan pembangunan yang lengkap dan cemerlang.

“Program anjuran Pejabat Pemantauan Dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO) ini wajar diteruskan dan akan ditambah baik dari tahun ke tahun agar ia mampu meniadi platform untuk meraikan peneraju pembangunan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada program yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Anugerah diadakan kali ini membabitkan penyertaan daripada 31 projek meliputi 18 jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Ia diadakan bagi mengiktiraf pelbagai projek pembangunan membabitkan pelbagai sektor seperti fizikal, bukan fizikal, pelancongan, pertanian serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1394
Kongsi :
Previous post Pencerobohan perairan negara, bantuan banjir lewat antara isu tumpuan Dewan Rakyat
Next post Poji’s Tempe bukti kesungguhan anak muda
Ubah saiz-+=