
Kerajaan negeri adakan Sesi Perbincangan serta Libat Urus bersama Menteri di JPM (Ekonomi)
BANDA HILIR 14 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad hadir ke sesi perbincangan bersama Kerajaan Negeri Melaka di Hotel Hatten sebentar tadi.
Perbincangan kira-kira dua jam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali itu sebagai sokongan membantu kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.
Ia bagi memberi kemudahan kepada rakyat dan merealisasikan visi Kerajaan Negeri Melaka dalam memajukan industri pelancongan sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Kerajaan negeri turut berharap agar semua permohonan dan perancangan projek-projek tersebut dapat dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan dalam merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Negeri Melaka.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; EXCO Kerajaan Negeri dan lain-lain kenamaan.
Turut hadir, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen dan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Tan Sri Dr. Azlan Ghazali.
Views:
Related
Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...