Kerajaan Melaka rai pelantikan penggal kedua Tun Dr. Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KLEBANG 5 Jun – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman diraikan pada majlis makan malam yang diadakan di Encore Melaka Impression City, di sini, malam tadi.

Majlis itu diadakan bersempena pelantikan Tun Dr. Mohd Ali sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Bagi Penggal Ke-2.

Terdahulu, ketibaan Tun Dr. Mohd Ali dan isteri pada majlis itu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri, Datin Seri Utama Zuriyah Ab. Aziz.

Hadir sama, Ketua Menteri Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil serta kenamaan lain.

Majlis yang berlangsung kira-kira dua jam itu turut diserikan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah, barisan artis tempatan, penari kebudayaan Bridged Seni dan iringan orkestra daripada Combo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian gendang, Baba Nyonya serta pelbagai etnik lain.

Lebih istimewa, tetamu yang hadir turut merasai pengalaman berbeza menyaksikan persembahan dari panggung dengan teknologi tempat duduk berputar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

112
Kongsi :
Previous post Masuk percuma hadiah untuk rakyat Melaka, boleh tebus sehingga 31 Disember
Next post ‘Floating Market Melaka’ kini ‘port’ santai pilihan
Ubah saiz-+=