KERAJAAN MELAKA BERDUKA CITA NAHAS DI KILOMETER 204
BANDARAYA MELAKA 24 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mewakili Kerajaan negeri menzahirkan rasa duka cita di atas kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara, malam tadi, sehingga mengorbankan tujuh nyawa.
Beliau juga sempat menziarahi dan menyampaikan salam takziah kepada waris mangsa kemalangan di Hospital Melaka, pagi ini.
“Saya merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa kemalangan yang menimpa mereka pada malam tadi. Kerajaan Negeri Melaka turut berduka cita dengan kemalangan ini.
“Saya dapat maklumat bahawa ia berpunca daripada sebuah lori yang tayarnya tercabut dan melibatkan sebuah kereta dinaiki satu keluarga terlibat dalam kemalangan ini, pemandu bas persiaran juga maut dalam kemalangan ini,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Ab Rauf turut meminta semua pemilik kenderaan berat agar lebih cakna dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
“Saya juga berharap pihak berkuasa dapat memantau keadaan jentera-jentera berat ini dan mengambil langkah awal untuk memastikan bahawa semua kenderaan berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENSEJAHTERA RAKYAT FOKUS BAJET 2025 NEGERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentangkan pada Jumaat (27 Disember) ini memfokuskan kesejahteraan rakyat di...
PENGUATKUASA MBMB MAHIR ILMU ‘BASIC LIFE SUPPORT’
AYER KEROH 24 Disember - Hampir 200 penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah menerima latihan dan mahir mengenai ilmu...
5 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPHTJ SEPANJANG TAHUN 2024
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berkongsi lima pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2024. Yang Dipertua...
IBU MAUT, ANAK PATAH KAKI DALAM KEMALANGAN DI PANTAI PUTERI
PANTAI KUNDOR 24 Disember - Ibu maut, manakala anaknya patah kaki kanan selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta yang mahu...
NAHAS KM204: TUN DR. MOHD ALI ZIARAH KELUARGA, MANGSA
MELAKA, 24 Dis - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam meluangkan masa kira-kira satu...
NAHAS KM204: ARWAH ABANG SEMPAT MINTA MAAF, PELUK – ADIK
BANDARAYA MELAKA 24 Disember - "Sikap arwah abang yang berubah sejak kebelakangan ini membuatkan saya hairan kerana dia sempat salam,...