
Kerajaan longgarkan kaedah perolehan tangani impak banjir – MOF
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Kerajaan bersetuju melonggarkan kaedah perolehan untuk usaha pemulihan banjir tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata peruntukan awal RM100 juta telah disediakan untuk usaha pemulihan pascabanjir, termasuk pembersihan dan pembaikan kawasan perumahan dan infrastruktur awam.
“Bagi menyegerakan dan memudahcara pelaksanaan kerja pemulihan pascabanjir, Kementerian Kewangan (MoF) pada 21 Dis, 2021 telah mengeluarkan garis panduan berhubung kelonggaran kaedah perolehan untuk kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, MOF juga berkongsi laporan yang telah dikemaskinikan bagi beberapa peruntukan dan langkah-langkah tambahan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani impak bencana banjir.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...