
Kerajaan jamin kebebasan media – PM
Dalam hal ini, perdana menteri berkataĀ sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.
āYang saya tahu,Ā media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.
āJika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,ā katanya kepada pemberitaĀ ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, di sini.
Terdahulu beliau ditemu bual oleh penyampai saluran radio Hot FM, 8FM, dan Molek FM.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan.
āJika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti kerajaan akan menegurnya.
āSetakat ini tak ada media yang ditutup atau ditarik lesen sebagainya, itu maknanya kerajaan memberikan kebebasan kepada media,ā katanya.
Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, perdana menteri turut berharap orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat.
āSeperti kita tahu hari ini, pelbagai informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan yang menyebabkan rakyat terkeliru.
āJadi, sebab itulah bagi saya penting media arus perdana seperti TV3 dan media cetak yang ada pada hari ini memberikan informasi sebenar, tidak mengelirukan,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.