
Kerajaan bincang buka sempadan antarabangsa
ALAI 18 Julai – Perbincangan bagi membuka semula sempadan antarabangsa akan dirangka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Kementerian Luar Negeri bagi merancakkan semula ekonomi pelancongan pasca Covid-19.
Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rancangan itu sekali gus meneliti pendekatan gelembung perjalanan (travel bubble) terhadap enam buah negara yang terlibat bagi memulihkan industri pelancongan.
“Sempadan-sempadan ini masih ditutup, kalau negara itu telah diisytihar sebagai negara hijau dari penularan Covid-19, kita akan bersedia membincangkan prosedur operasi standard (SOP) yang membolehkan pergerakan.
“Kita telah kenal pasti enam buah negara dalam pendekatan gelembung perjalanan ini khususnya Australia, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Jepun.
“Perbincangan itu juga akan melibatkan rundingan berkaitan SOP yang diperuntukkan antara dua negara dan kita juga mohon mempertimbangkan usahawan-usahawan mereka dapat memulakan perjalanan ke negara ini agar merancakkan lagi ekonomi antara dua pihak,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...