
Keputusan SPM pada 10 Jun- Dr Radzi Jidin
Dalam klip video ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya, beliau berkata calon-calon boleh menyemak keputusan peperiksaan itu mengikut kaedah yang akan diperincikan.
“… kementerian akan mengeluarkan kenyataan media dan kita akan jelaskan apakah kaedah yang boleh digunakan oleh calon-calon untuk menyemak keputusan mereka,” katanya.
Seramai 401,105 calon menduduki SPM 2020 yang dilaksanakan pada 22 Februari lalu dan tamat 25 Mac, melibatkan 83 kertas peperiksaan di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon SPM 2020 merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, sehingga memaksa mereka beralih kepada pembelajaran secara dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype berikutan penularan pandemik COVID-19.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...