Keputusan solat Tarawih di masjid diketahui awal April
AYER KEROH 10 Mac. – Melaka belum menetapkan sebarang keputusan mengenai solat Tarawih di masjid dan surau seluruh negeri buat masa ini.
Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, masih terlalu awal untuk memberikan ulasan mengenai perkara itu memandangkan belum ada perbincangan dilakukan.
Bagaimanapun, ujarnya ketetapan itu mungkin akan diumumkan pada awal April selepas meneliti situasi semasa pandemik COVID-19 dalam negara.
“Mungkin masih terlalu awal untuk diulas. Kita perlu tunggu sehingga awal April untuk mengetahui sama ada solat tarawih di masjid dan surau dibenarkan atau tidak,” katanya ringkas ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Tahun lalu, suasana Ramadan di seluruh negara suram apabila solat Tarawih secara berjemaah tidak dibenarkan di masjid dan surau seluruh negara.
Ia bertitik tolak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara sejak Mac tahun lalu dan berlarutan sehingga Mei ekoran penularan pandemik COVID-19 gelombang pertama yang melanda negara.
Untuk tahun ini, difahamkan, ada kemungkinan solat Tarawih secara berjemaah akan dibenarkan, namun jemaah masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...