Sorting by

×

Keputusan siasatan dalaman kes buli dalam masa terdekat

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 7 Mei – Siasatan dalaman berhubung kes seorang pelatih dibuli di pusat latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, 12 April lalu diperoleh dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata kementeriannya memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak polis namun pada masa sama siasatan dalaman turut mengambil tanggungjawab itu.

“Dalam mesyuarat pos kabinet kementerian, Menteri Pertahanan sudah bangkitkan perkara itu dan insya-Allah dalam masa terdekat saya yakin (keputusan) diperolehi dalam masa terdekat.

“Di peringkat dalaman, ia masih dalam siasatan. Pada peringkat polis, perkara itu diserahkan kepada agensi itu dan dalam tempoh terdekat kita akan tengok apa keputusannya serta mengambil tindakan di peringkat dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 416 veteran ATM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan empat lagi pelatih kursus TUDM mendakwa dipukul dalam kejadian buli di lokasi sama.

Ia susulan tular di media sosial Twitter awal bulan lalu mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara.

Wanita terbabit turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan.

Bapa kepada mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kes buli yang berlaku ke atas anaknya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1285
Kongsi :
Previous post Sasaran 10,000 penerima PJM setiap tahun – Adly
Next post Isu tanah tapak parkir Terminal Pulau Sebang selesai
Ubah saiz-+=