
Keputusan permohonan eGTukar akan dikeluarkan pada 6 Dis
KUALA LUMPUR 24 Nov – Keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Dis ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook berkata keputusan bagi permohonan eGTukar itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada tarikh berkenaan.
“Untuk makluman semua, insya-Allah kita akan keluarkan keputusan eGTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Dis 2021. Dan ini, insya-Allah akan memberi ruang untuk guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya. Sama-sama kita tunggu 6 Dis ini,” katanya.
Radzi berkata keputusan eGTukar itu merupakan antara perkara yang sering diajukan oleh guru-guru terutamanya apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...