Sorting by

×

KEPENGERUSIAN ASEAN: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PERLU DIBERI KEUTAMAAN

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 4 Februari – Penguasaan Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian dan menjadi keutamaan bagi setiap penjawat awam sepanjang Kepengerusian ASEAN di negara ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad berkata ia bagi memantapkan keupayaan berkomunikasi dalam kalangan setiap kakitangan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

“Semua kakitangan khususnya ketua jabatan perlu menguasai bahasa ini. Kita maklum bahawa 2025 adalah tahun Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia yang akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat termasuk 180 acara dijadual diadakan di seluruh negara.

“Justeru, saya mengajak semua ketua jabatan bersama menguar-uarkan dan menyatakan komitmen kita terhadap penganjuran acara ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2025 di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh, Penasihat Undang-Undang Negeri, Khairul Azreem Mamat, barisan ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri.

Azhar berharap setiap agensi dan jabatan di negeri ini bersama-sama memainkan peranan dengan mempromosikan acara berkenaan.

“Gunakan logo Kepengerusian ASEAN dalam setiap bahan promosi, media dan slaid pembentangan supaya orang ramai tahu mengenai acara ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

104
Kongsi :
Previous post POLIS RAKAM KETERANGAN WANITA DAKWA BAKAL MENGAHWINI TENGKU HASSANAL
Next post AKAUNTAN RUGI LEBIH RM60,000 DITIPU SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD