
Kepala mangsa serangan buaya ditemukan di Sandakan
SANDAKAN, 11 September – Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di sini, Jumaat lepas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki dewasa hanya dikenali sebagai Abdul, disyaki dibaham buaya pada kira-kira 6 petang Jumaat di sungai kawasan setinggan itu.
“Mangsa dikatakan menaiki rakit yang diperbuat daripada buluh cuba menyeberangi sungai untuk ke rumahnya yang terletak 100 meter dari tebing sungai.
“Ketika sedang menyeberangi sungai, mangsa disyaki disambar oleh seekor buaya dan sempat menjerit meminta tolong, namun hilang daripada pandangan saksi,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
INFRASTRUKTUR 11 TAMAN PERUMAHAN DINAIK TARAF – MPHTJ
AYER KEROH 16 Mac - Penduduk di 11 taman perumahan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal...
JAIM ANJUR HAMPIR 100 PROGRAM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 16 Mac - Hampir 100 program keagamaan dan kerohanian telah dirancang dan dianjurkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)...
BEBERAPA LALUAN DI MASJID TANAH AKAN DIKAJI SEMULA
AYER KEROH 16 Mac - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah akan mengkaji semula...
RAKAN MUDA RAMADAN TINGKAT POTENSI BELIA
BUKIT KATIL 16 Mac - Program Rakan Muda Ramadan menjadi platform pengisian aktiviti belia bermanfaat yang dilaksanakan di peringkat daerah,...
PAPAN TANDA ‘RUMAH CONTOH SEDIA DIJUNJUNGI’ HARAM, TIADA PERMIT – MBMB
BANDA HILIR 16 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang memasang papan tanda haram...
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...