Kenyataan penuh Setiausaha Agung UMNO berhubung MKT malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

Ini adalah kenyataan penuh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 28 Okt 2021:

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 28 Oktober 2021 bersamaan 21 Rabiul Awal 1443H yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:-

1. YB Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka.

2. Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka.

3. Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya.

4. Majlis Kerja Tertinggi juga memberikan mandat kepada YB Datuk Seri Presiden, YB Datuk Seri Timbalan Presiden dan YAB Datuk Seri Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
28 OKTOBER 2021

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post UMNO setuju teruskan persefahaman politik dengan PAS bagi PRN Melaka
Next post UMNO belum putus calon, kerusi; tunggu PAS
Ubah saiz-+=