
Kenyataan media BN lantik lima ahli parlimennya sebagai menteri adalah palsu
KUALA LUMPUR, 27 November – Satu kenyataan media yang tular di media sosial berhubung cadangan supaya lima ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri dalam kerajaan perpaduan, disahkan palsu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat penafian barhubung kenyataan media itu menerusi facebook rasminya, turut berkongsi pautan daripada ‘page‘ Barisan Nasional mengenai kenyataan palsu berkenaan.
Kenyataan media itu kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Zambry Abd Kadir.
Dalam kenyataan media palsu yang tersebar itu, lima ahli Parlimen BN dicadangkan agar dilantik sebagai menteri ialah Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri; Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Kewangan); Datuk Azalina Othman (Menteri Hal Ehwal Undang-Undang); Datuk Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pelajaran) dan Datuk Mohamad Alamin (Menteri Kerja Raya).
Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam kenyataan palsu itu turut dinamakan, kononnya sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...