
Kenyang ‘baham’ ayam kampung dalam reban
AYER MOLEK 25 Jun – Seekor ular sawa sepanjang 4 meter ditemui kekenyangan di dalam sebuah reban selepas dipercayai menelan tiga ekor ayam kampung yang diletakkan di dalam reban.
Kejadian yang berlaku di Jalan Makmur Kampung Tambak Paya, di sini itu hanya disedari pemilik kira-kira jam 10 pagi sebelum bertindak menghubungi pihak bomba.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil digerakkan ke lokasi bagi menjalankan misi menangkap spesies Reptilia itu.
“Setibanya berada di lokasi anggota mendapati benar terdapat seekor ular sawa sepanjang 4 meter berada di dalam reban.
“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan khas.
“Operasi selesai kira-kira jam 10.21 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...