
Kenduri kesyukuran bersama pemimpin masyarakat
LENDU – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berpeluang menghadiri dua Majlis Kenduri Kesyukuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, 4 Jun lalu.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan di atas kejayaan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri November tahun lalu.
Sulaiman bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop hadir di dua buah majlis iaitu PDM Durian Daun di Dewan Japerun Lendu dan PDM Sg Baru Ulu yang diadakan di Balai Raya Solok Duku.
“Kehadiran saya secara tidak langsung dapat memberi peluang beramah mesra dengan ketua-ketua PDM dan pemimpin masyarakat yang banyak membantu parti khususnya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 akhir tahun lalu.
“Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu di laman Facebook rasminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...