
Kenderaan milik Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata kemalangan berlaku pada 8.55 pagi dan kesemua enam individu di dalam kenderaan itu termasuk pemandu hanya cedera ringan.
Ahli Parlimen Jelutong berkenaan bagaimanapun tiada dalam kenderaan itu.
Arsad berkata Toyota Alphard yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis Ford Kuga setelah kedua-dua kenderaan tersebut menukar lorong bagi mengelak sebuah objek besar di atas jalan raya.
“Semua mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu cuai memandu hingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...