
Kenal pasti punca banjir di Rim – Khaidhirah
FOKUS DUN N25 – RIM
RIM 25 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Banjir DUN RIM bagi membincangkan punca dan masalah yang menyebabkan bencana itu.
Katanya, mesyuarat itu turut membabitkan wakil beberapa agensi selain Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat.
“Di dalam mesyuarat ini kami membincangkan beberapa punca dan masalah yang menyebabkan banjir selain mencari jalan penyelesaian sama ada ‘short term’ (jangka pendek) ataupun ‘long term’ (jangka panjang).
“Saya pasti banyak perkara yang kita boleh lakukan terlebih dahulu sementara menunggu projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan kerajaan negeri siap sepenuhnya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Khaidhirah meminta mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan supaya terus ke JAPERUN RIM dan ‘Team’ JAPERUN sentiasa bersedia untuk membantu mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.