Kenaikan STR legakan rakyat

Masa Membaca:2 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Kenaikan Skim Tunai Rahmah (STR) diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023, semalam, melegakan orang ramai termasuk di Negeri Melaka.

Hasil tinjuan Melaka Hari Ini rakyat di Negeri Melaka memberikan reaksi positif, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas insentif yang diumumkan itu.

Abdul Rahman Jais, 56, dari Tanjung Kling berkata, kenaikan STR sekurang-kurangnya mampu membantu dia dan keluarga menangani isukenaikan kos sara hidup.

“Kos sara hidup hari ini semakin meningkat, saya yakin skim ini mampu membantu saya sekeluarga untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung.

“Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas pengumuman ini kerana dengan adanya kenaikan STR ini dapat membantu dan pada masa sama serba sedikit mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat,” katanya.

WhatsApp Image 2023-10-14 at 4.58.10 PM
NORHERMAN

Sementara itu, Norherman Mohammad, 43, berkata dia perlu melakukan kerja tambahan bagi menampun keluarga berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Alhamdulillah sebagai rakyat saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan kerajaan, kos semua naik sekarang dan inisiatif diumumkan bakal meringankan beban rakyat. Harap insentif ini akan kekal dilaksanakan pada tahun-tahun berikutnya,” katanya.

WhatsApp Image 2023-10-14 at 4.59.42 PM
MOHD NAZRUL

Manakala Mohd Nazrul Abidin, 32, berkata biarpun STR dinaikkan dia berharap kerajaan mencari jalan yang lebih efektif bagi membantu rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.

“Saya bersyukur, STR ini memang membantu untuk mengurangkan kos sara hidup, namun perkara ini tidak boleh dibiar berlarutan dan kerajaan perlu cari jalan lain untuk menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup serta pekerjaan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

WhatsApp Image 2023-10-14 at 5.00.33 PM
SITI NUR FATIN

Pada masa sama, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam di negeri ini, Siti Nur Fatin Nabihah Abdul Hakim, 22, berkata, kenaikan itu benar-benar membantunya sebagai seorang pelajar bagi menguruskan kehidupan seharian.

“Sebagai pelajar kita rasa ia amat bagus sebab bantu kami yang masih menuntut ini untuk menjalani kehidupan lebih-lebih lagi keadaan ekonomi yang mendesak ini membuatkan rakyat perlu berjimat-cermat.

“Apa pun saya tetap bersyukur dengan pengumuman ini, terima kasih kepada Perdana Menteri diatas kebajikan yang diberikan kepada rakyat bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung,” katanya.

Semalam, menerusi pembentangan Belanjawan 2024, Anwar mengumumkan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 manakala kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Insentif yang ditawarkan ini akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia dengan peruntukannya meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3832
Kongsi :
Previous post Peraga kebaya labuh Johor, Miss Grand Kebaya Remaja milik Nadjwa,
Next post Monodrama Kebaya Tidak Berkerongsang pukau 300 pengunjung
Ubah saiz-+=