Sorting by

×

KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

REMBIA 21 April – Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara aktiviti bagi memeriahkan lagi penganjuran program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada SKMM untuk memulakan jelajah itu di Melaka.

Katanya, kempen tersebut dijangka akan dimulakan di negeri ini seawal Mei atau selewat-lewatnya penghujung Jun nanti.

“Mengikut perancangan kempen ini ini akan melibatkan murid dan pelajar dengan siri jelajah singgah ke sekolah rendah serta menengah.

“Pelancaran peringkat negeri dan daerah bagi kempen ini juga kita akan laksanakan Insya-Allah pada bulan depan yang mana semua pihak terbabit akan turun padang nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun Rembia, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam yang juga Penyelaras DUN Rembia berkata di peringkat negeri, pihaknya menyambut baik usaha SKMM menyelaras kempen terbabit bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

“Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anak bawah umur tentang penggunaan media sosial selain pendedahan mengenai keselamatan siber,” katanya.

Untuk rekod, Kempen Internet Selamat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya dalam kalangan murid dan pelajar sekolah mengenai keselamatan dalam talian, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan siber.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

464
Kongsi :
Previous post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
Next post MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA