Kementerian Kesihatan Arab Saudi lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji
KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan seorang ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji tahun ini, yang diadakan pada skala lebih kecil berbanding musim haji sebelum ini.
Langkah yang belum pernah diambil sebelum ini ituĀ bertujuan untuk memastikan semua aspekĀ kesihatan dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, menurut kenyataan di laman web Kementerian Media Arab Saudi mengenai musim Haji 2020.
Setiap ketua kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan jemaah di bawah jagaannya mematuhi langkah-langkah pencegahan kesihatan yang dikuat kuasa pihak berkuasa.
Langkah-langkah itu merangkumi penjarakan sosial dan pergerakan semasa ibadah haji dijalankan, demi keselamatan dan keselesaan jemaah, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.-BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP BAHAYA DI PAHANG, JOHOR HINGGA AHAD, MELAKA TAHAP WASPADA
KUALA LUMPUR, 10 Jan - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan...
KPM NAFI DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2024
KUALA LUMPUR, 9 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi...
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...