
Kembara 679 kilometer promosi TMM2024
AYER KEROH 27 Jun – Tujuh kakitangan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berkonvoi sejauh 679 kilometer bagi memperkenalkan produk pelancongan negeri menerusi Program Promosi Kembara Bermotor Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron berkata kembara selama lima hari bermula 25 Jun hingga 29 Jun itu akan merentasi beberapa perhentian di setiap negeri sebelum ke Hatyai, Thailand.
“Program ini bertujuan mempromosi TMM2024 dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
“Program ini mendapat kerjasama Belia 4B Teluk Mawar Melaka, kembara ini bermula di Pejabat MPHTJ, Kompleks Melaka Mall dan akan berhenti di beberapa hentian setiap negeri sebelum memasuki Hatyai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Sapiah berharap kembara bermotor itu dapat mempromosi dan menarik lebih ramai pengunjung tempatan serta luar negara ke Negeri Melaka selepas ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...