Sorting by

×

KEMBALI KE ERA ‘HITAM PUTIH’ MALAM INI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Februari – Pelbagai persembahan menarik akan disediakan malam ini bersempena program Rapat Umum Bahtera Merdeka yang diadakan di hadapan Muzium Belia, malam ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, orang ramai dijemput hadir memeriahkan program itu dengan berpakaian retro iaitu berbaju putih dan berseluar hitam serta bersongkok bagi membolehkan rakyat mengimbau semula kejayaan menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.

Jelas beliau, istimewanya pengisytiharan itu diumumkan di bumi Melaka pada tanggal 20 Februari 1956 dan pengkisahan itu akan diceritakan semula menerusi persembahan istimewa pada malam ini.

“Jadi Kerajaan Negeri mengambil inspirasi kisah pengisytiharan tarikh kemerdekaan yang diumumkan di bumi Melaka supaya semua dapat mengimbau kisah sejarah negara, di mana semuanya bermula di Melaka.

“Kita mahu rakyat mengimbau kembali keriangan dan kegembiraan rakyat Malaysia tatkala laungan pertama merdeka dilaungkan di bumi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni pengunjung Melaka River Cruise sempena inisiatif kemasukan percuma di Jeti Taman Rempah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Nasrul Ahmad dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

144
Kongsi :
Previous post LEBIH 30,000 PENGUNJUNG NIKMATI 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA SETAKAT TENGAH HARI
Next post UNTA TARIKAN TERBAHARU ZOO MELAKA