Kemasukan pelancong meningkat 84.55 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDA HILIR 14 Ogos – Kemasukan seramai 8.7 juta pelancong ke Negeri Melaka setakat Julai lalu menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding sepanjang tempoh sama pada 2023.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron berkata, berlaku peningkaan sebanyak 3,992,516 orang pelancong atau 84.55 peratus.

“Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bertemakan, Mana Lagi? Melaka Ler…Kerajaan Negeri menyasarkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa seramai 15.0 hingga 18.7 juta orang.

“Apa yang istimewa, Kerajaan Negeri juga menyediakan Kupon Cabutan Bertuah TMM2024 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 12 buah kereta, 24 buah motosikal dan sebuah bot kepada pelancong yang menginap dua malam di Melaka selain mereka yang membeli cenderamata TMM2024,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap mewakili Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin pada Festival Pengantin di pusat beli-belah Mahkota Parade, semalam.

Katanya, bagi menyemarakkan lagi TMM2024 empat acara utama dijadual akan dianjurkan bermula Ogos hingga ke penghujung bulan ini.

“Antara acara dirangcang adalah Melaka Marathon 2024 pada 25 Ogos di Dataran Sejarah, Ayer Keroh; Melaka Swim Bike Run 2024 pada 25 Ogos 2024 di Encore Melaka; International Cultural & Art Festival 2024 dari 21 hingga 27 Oktober 2024 di Sungai Melaka dan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 dari 31 Oktober hingga 3 November 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

179
Kongsi :
Previous post Motosikal menanti peserta Menara Taming Sari Fun Ride 3.0
Next post Banjir: Hanya 11 masih berada di PPS
Ubah saiz-+=