Sorting by

×

Kemaskini MySejahtera untuk daftar suntikan vaksin COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MELAKA 23 Feb. – Bermula hari ini, aplikasi MySejahtera telah dinaik taraf dan membolehkan orang ramai mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Kemas kini terbaru – versi 1.0.28 untuk kedua-dua peranti iOS dan Android telah menampilkan ikon “Covid-19 Vaccination” di skrin utama yang mana pengguna kini sudah boleh mendaftar dengan menekan ikon tersebut.

Pengguna kemudiannya perlu mengesahkan nama penuh, nombor MyKad dan nombor telefon masing-masing.

Selepas disahkan aplikasi tersebut, pengguna akan dimaklumkan bahawa program imunisasi COVID-19 nasional kini di peringkat Fasa 1 yang disediakan untuk barisan hadapan.

Untuk menyelesaikan proses pendaftaran, pengguna dikehendaki menjawab empat soalan, termasuk antaranya sama ada pengguna berminat menerima vaksin COVID-19, sejarah penyakit dan tempat tinggal semasa.

Setelah selesai, pengguna akan diminta untuk mengaktifkan pemberitahuan agar mereka dapat menerima sebarang perkembangan terbaharu status vaksinasi dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibat 500,000 individu terdiri daripada kumpulan petugas barisan hadapan, pegawai penguatkuasa, wakil rakyat dan guru-guru berisiko tinggi yang akan bermula pada Februari hingga April depan.

Manakala, Fasa 2 melibatkan 9.4 juta orang dalam perkhidmatan penting, warga emas dan kumpulan berisiko tinggi dengan penyakit kronik akan bermula dari April hingga Ogos.

Fasa 3 yang akan bermula dari Mei hingga Februari 2022 pula akan menyasarkan 13.7 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

493
Kongsi :
Previous post 300,000 penduduk Arab Saudi terima vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan
Next post Sindiket penyeludupan kini guna dron
Ubah saiz-+=