
Kemalangan empat kenderaan di PLUS punca kesesakan 5 km
IPOH, 22 Julai – Kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 336.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh kira-kira lima kilometer di kedua-dua arah, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dalam kenyataan berkata kemalangan pada pukul 9.45 pagi itu membabitkan sebuah lori tangki muatan simen, sebuah pacuan empat roda dan dua kereta.
Beliau berkata pemandu lori tangki berusia 28 tahun serta kedua-dua pemandu kereta berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan namun pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Lalu lintas kembali lancar tidak lama kemudian.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENOLONG PENGURUS BANK RUGI LEBIH RM28,000 AKIBAT PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD
JEMPOL 3 Mac - Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di...
JUAL 5,000 ANEKA KUIH SETIAP HARI
PENGKALAN BATU 3 Mac - Pejam celik, pejam celik, sudah 14 tahun Siti Suhana Bustaman, 35, berniaga di pasar Ramadan...
POLIS TAHAN SEPASANG WARGA EMAS BANTU SIASATAN KES LANGGAR LARI
KUALA LUMPUR 3 Mac - Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan...
KONGSI ILMU URUS SISA PEPEJAL, PERLUAS KEMPEN KITAR SEMULA
JASIN 3 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...
TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN DUA BUAH KERETA
BANDA HILIR 3 Mac - Tiga cedera termasuk seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Syed...
MAYAT REPUT DITEMUKAN DALAM TANDAS TERBIAR
JERTIH 3 Mac - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mereput ditemukan di tandas terbiar dekat Pantai Bukit Keluang,...