
Kemalangan di kilometer 36.2 arah timur, Gombak-Genting Sempah sebabkan trafik perlahan
KUALA LUMPUR 27 Mei – Anih Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengesahkan kemalangan di Kilometer 36.2 arah timur (Gombak-Genting Sempah) menyebabkan trafik perlahan sepanjang dua kilometer.
Menerusi kenyataan Anih mengesahkan kemalangan membabitkan sebuah lori dan Perodua Myvi itu sudah ditangani serta terkawal selain pasukan bomba juga sudah berada di lokasi kejadian.

“Pada masa ini laluan hanya kanan dibuka untuk pengguna demi memudahkan tugas pasukan bomba mengeluarkan mangsa dan diharapkan pengguna mematuhi arahan diberikan petugas serta berhati-hati.
“Kami juga memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna lebuh raya sebagai keutamaan,” katanya.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan terkini pengguna boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/Anih Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi ‘hotline’ LLM 1800-88-7752 atau LPT-Line 1-700-818-700
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.