Kelembapan ekonomi faktor tawaran gaji rendah
SHAH ALAM 5 April. – Kelembapan ekonomi semasa antara faktor tawaran gaji rendah iaitu dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500 diberikan kepada graduan lepasan institut pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
“Kita tidak pernah ubah daripada gaji minimum (RM1,200), tetapi dalam keadaan kini, ada majikan memberi tawaran pekerjaan kepada penganggur.
“Saya cadangkan kita terima gaji yang sedia ada daripada jadi penganggur,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin Dan Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2021 di sini hari ini.
Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) adalah satu bentuk bantuan dana kewangan yang dibayar secara sekali beri kepada kesatuan sekerja berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Malaysia (JHEKS).
Sebanyak empat kategori geran telah ditawarkan kepada semua kesatuan sekerja iaitu Latihan, Komputer, Pembangunan Laman Sesawang dan Penerbitan.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui JHEKS telah menerima sebanyak 210 permohonan GPKS 2021 dari kesatuan di seluruh negara yang diperuntukkan sebanyak RM1.1 juta dan setakat ini telah meluluskan sebanyak 128 permohonan terawal yang lengkap dan memenuhi syarat asas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MEDIA BANTU SEBARKAN FUNGSI, PERANAN APM
AYER KEROH 19 November - Peranan media menjadi platform penting dalam menyebarkan fungsi dan tugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)...
LEBIH 15,000 INDIVIDU BEKERJA SENDIRI DI MELAKA CARUM SKSPS
BANDA HILIR 19 November - Seramai 15,741 orang telah berdaftar dan mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi...
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIJANGKA HINGGA HUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 19 November - Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan...
PENGANGGUR DICEKUP, DISYAKI PECAH MASUK RUMAH GURU
JASIN 19 November - Seorang lelaki dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Maju, di sini....
MELAKA TUAN RUMAH SPEN 2024
AYER KEROH 19 November - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia (SPEN) 2024 bermula esok...
SERANGAN JANTUNG, SEBELUM LEMAS
ALOR GAJAH 19 November - Punca kematian lelaki warga emas yang ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan,...