
KELAS MENJAHIT PERCUMA DUN DUYONG
DUYONG 30 September – Golongan wanita dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dipelawa untuk menyertai kelas menjahit yang diadakan bersebelahan Kompleks Japerun Duyong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata kelas berkenaan dianjurkan secara percuma.
“Kita akan mula melaksanakan kelas menjahit untuk para wanita, tidak kisah sama ada ibu tunggal, wanita belum berkeluarga atau sebagainya.
“Bangunan tersebut sudah siap dinaik taraf dan kita jangka akan masuk lebih kurang sebanyak 15 unit mesin jahit beserta guru sepenuh masa untuk mengajar peserta.
“Jadi kalau mahu belajar menjahit dan selepas ini membuka tempahan boleh datang ke sana, kita tidak kenakan bayaran yang penting ada usaha untuk mengubah kehidupan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Tuah di Taman Semabok Jaya, semalam.
Hadir sama Pengerusi Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) Melaka Tengah, Mohd Shukri Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...