Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI agih 500 pek bubur lambuk
AYER KEROH 26 Mac – Kelab Rekreasi dan Kebajikan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meneruskan tradisi Ramadan dengan mengagihkan sebanyak 500 pek bubur lambuk kepada orang ramai.
Pengurus Besar CMI, Mohd Saleh Jusman berkata, penganjuran yang memasuki edisi ketiga itu bertujuan untuk mengimarahkan Ramadan, selain meraikan mereka yang menjalani ibadah puasa dengan menyediakan hidangan untuk berbuka.
“Sebenarnya ini adalah inisiatif diambil oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI, program ini sudah masuk tahun ketiga, Alhamdulillah ia mendapat sambutan.
“Dengan pengagihan bubur lambuk ini ia secara tidak langsung dapat membantu menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI, di perkarangan lobi Perbadanan Melaka (MCORP), di sini, hari ini.
Mohd Saleh berkata, pengagihan bubur lambuk itu juga membabitkan kakitangan CMI dan anak-anak syarikat di bawahnya sebagai lambang ikatan ukhwah yang terjalin.
“Selain dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat sekeliling, pengagihan bubur lambuk ini juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat muhibah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BUKIT BESAR JADI ‘PORT HIKING’ BARU
AYER KEROH 6 November - Menyajikan pemandangan indah Bandaraya Melaka, itu antara keistimewaan Kampung Bukit Besar yang berpotensi untuk dimajukan...
LINNAS LAHIRKAN ASNAF BERKEMAHIRAN
AYER KEROH 5 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa agensi dan institusi latihan dalam...
GRADUAN UTEM NIKMATI GAJI PREMIUM
AYER KEROH 5 November - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi dan bergaji premium selari dengan...
PEGAWAI SPRM DIDAKWA SALAH GUNA WANG SITAAN BERJUMLAH RM613,000
PUTRAJAYA 5 November - Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di...
EMPAT RAKAN TERMASUK DUA REMAJA DIPENJARA TIGA TAHUN CULIK KANAK-KANAK PEREMPUAN
KLANG 5 November - Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku...
KES ANIAYA KUCING TULAR DI MEDIA SOSIAL, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN
KUALA LUMPUR 5 November - Polis telah mengenal pasti lelaki tempatan yang dipercayai bertindak menganiaya seekor kucing seperti yang tular...