Sorting by

×

Kelab Motosikal ADV 150 berbuka puasa bersama anak yatim

Masa Membaca:59 Saat

PANTAI KUNDOR 19 April – Seramai 46 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin, diraikan dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan Kelab Motosikal ADV 150 Melaka, hari ini.

Penyelaras program majlis itu, Mohd Acha Abd Manaf berkata, majlis berbuka puasa itu diadakan bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim yang menghuni di situ serta menyantuni mereka.

“Walaupun dalam keadaan sederhana tetapi peluang kita untuk menyantuni anak-anak ini dapat direalisasikan apabila dapat berkumpul bersama-sama.

“Selain berbuka puasa, kita turut menyampaikan sedikit sumbangan duit raya kepada mereka sekurang-kurangnya dapat membantu membuat persiapan raya nanti,” katanya.

Sementara itu, penyelia asrama Muhammad Syukri Badrul Hisham berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada kelab motor berkenaan yang begitu prihatin dengan nasib penghuni rumah anak-anak yatim itu selain sanggup meluangkan masa berbuka bersama-sama.

Katanya, sepanjang Ramadan ini ramai pihak yang tampil bukan sahaja menyampaikan sumbangan malah menganjurkan berbuka puasa bersama-sama penghuni di situ.

“Saya mewakili pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kelab motosikal ini kerana sudo memilih penghuni di sini untuk diraikan.

“Alhamdulillah, rezeki anak-anak ini sepanjang Ramadan dimurahkan malah ramai yang tampil memberi sumbangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

846
Kongsi :
Previous post Polis lancar Op Kesan jejak 171 pelarian Rohingya lari dari depot
Next post Penceramah yang ditahan dalam kes amang seksual dibebaskan dengan jaminan polis
Ubah saiz-+=