Kekalkan SOP tinggi agar sektor pelancongan Melaka tidak ‘mudarat’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

ALOR GAJAH 24 Feb- “Belum ada lagi kluster pelancongan di Melaka, kerana kita amal prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat,” kata EXCO Pelancongan Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis.

Katanya, setakat ini di peringkat pelancongan negeri, tiada premis yang ditutup sepenuhnya kerana tercetus kluster pelancongan.

“Cuma ditutup untuk tujuan sanitasi ini sebagai langkah berjaga-jaga yang kita sentiasa amalkan.

“Kita di bahagian pelancongan telah mengamalkan SOP yang sangat ketat dan apa diharapkan untuk negeri yang ekonominya berasaskan pelancongan ini, kita memerlukan pelancong untuk datang tanpa rasa takut.

“Tidak menyalahkan KKM, mereka buat kerja mereka, kami buat kerja kami, namun kita tidak mahu sektor ini kembali ‘mudarat’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Balai Adat Perkahwinan Melayu Asli di Dataran Keris, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Jailani berkata, bermula Isnin (28 Feb) depan, semua premis pelancongan yang diarah tutup bagi proses sanitasi telah dibuka semula kepada pelancong domestik.

“Minggu hadapan cuti sekolah, walaupun kes dicatatkan tinggi, namun kita mematuhi SOP dan mengalu-alukan pelancong untuk datang dan tetap patuh SOP untuk keselamatan bersama,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan sektor pelancongan negeri beliau berkata, pihaknya seramai 2.665 juta pelawat datang ke Melaka sepanjang tahun lalu dan angka itu melepasi sasaran 1.5 juta orang.

Menurutnya, bagi 2022 pihak mensasarkan seramai 5.6 juta pelawat akan datang ke Melaka berdasarkan kepada pelbagai perancangan diatur seperti misi ke 15 negeri termasuk 2 wilayah persekutuan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

891
Kongsi :
Previous post 23 premis judi dipotong bekalan elektrik
Next post Misi bawa pulang khazanah sejarah Melaka di Belanda selepas Aidilfitri
Ubah saiz-+=