Sorting by

×

Kekalkan keharmonian untuk generasi akan datang – KM

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TABOH NANING 16 September – Rukun negara menjadi asas utama dalam usaha untuk terus mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan yang dibina pejuang serta pemimpin terdahulu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, amat penting untuk semua rakyat Malaysia mewariskan keharmonian dan kesejahteraan dinikmati ketika ini kepada generasi akan datang agar Negeri Melaka kekal maju.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 12.54.56 AM
SULAIMAN menandatangani plak perasmian Dewan Terbuka Taman Sri Naning.

Katanya, lima prisip rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan perlu disematkan dalam diri semua rakyat Malaysia khusus di Negeri Melaka.

“Kalau ingin melihat rakyat sebuah negara terus hidup dalam suasana masyarakat majmuk yang maju, kita perlu ambil semangat dan memahami prinsip rukun negara.

“Jika semua ini diterap dalam hati kita, saya yakin dan percaya negara ini dalam konteks perpaduan keamanan keharmonian akan terus dapat kita pertahankan. Prinsip rukun negara ini yang akan menyatukan semua rakyat berbilang kaum didalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap merasmikan Dewan Terbuka Taman Sri Naning, Bersempena Sambutan Hari Malaysia, di sini, malam tadi.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Tpr. Saifuddin Abdul Karim.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 12.54.18 AM
PERSEMBAHAN kebudayaan oleh kanak-kanak masyarakat Orang Asli.

Terdahulu Sulaiman menyambut ketibaan Ishak Mohamad, 60, yang melakukan kayuhan sejauh 1,520 kilometer sempena bulan kemerdekaan.

Majlis sama dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh kanak-kanak masyarakat Orang Asli dan Cina, cabutan bertuah serta tayangan filem aksi Paskal.

Sulaiman turut menyampaikan bantuan kepada 34 mangsa banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, selain menyerahkan watikah pelantikan kepada sidang dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2046
Kongsi :
Previous post Persiapan Hari Malaysia di tahap 99.9 peratus
Next post Jangan lupa datang awal ke Sambutan Hari Malaysia – KM
Ubah saiz-+=