Sorting by

×

Kejutan istimewa buat pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek

Masa Membaca:58 Saat

AYER MOLEK 22 April – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek pada 3 Mei ini akan membawa satu kejutan istimewa buat pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berkata, penganjuran rumah terbuka itu akan diadakan di Dewan Japerun DUN Ayer Molek bermula dari jam 2 hingga 7 petang.

“Biarlah rahsia, kejutan ini jika hadir barulah tahu keistimewaannya.

“Kita menyasarkan lebih 5,000 pengunjung akan menghadiri sambutan ini dan akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Photo1683190926
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, setakat ini 20 juadah tradisional dicadang untuk dihidangkan kepada pengunjung yang hadir.

“Semua rakyat Melaka saya jemput untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan itu nanti, kita jadikan pertemuan pada Syawal yang mulia ini sebagai medan mengeratkan lagi tali persaudaraan dan perpaduan pelbagai kaum,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

298
Kongsi :
Previous post Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah – Fahmi
Next post Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Ubah saiz-+=