Sorting by

×

Kejayaan PN umpama rakyat ‘dahaga’ pemimpin bersih

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SUNGAI UDANG 20 November – Kejayaan Perikatan Nasional (PN) menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Jasin disifatkan sebagai rakyat dahaga dan mahukan pemimpin yang membawa politik bersih, stabil dan prihatin.

Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berkata, kemenangan itu adalah fenomena nasional yang menunjukkan rakyat mahukan perubahan.

Zulkifli yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN telah membawa semua suara dan aspirasi rakyat, sekali gus mencetus kejayaan di Jasin dan Tangga Batu.

“Sebenarnya PAS bukan pecah tradisi, kemenangan itu dilihat umpama memasak, sampai satu peringkat, akhir sekali boleh makan, tapi sebelum masak, perlu masak, potong sayur, potong bawang dahulu.

“Generasi awal PAS dulu sudah pun memasak, jadi kebetulan di peringkat kami ini adalah waktu di mana masakan tadi tu tinggal untuk hidang, kemuncak sudah siap, rasa dia sedap, maka dengan itulah kita tengok rakyat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui di Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’, Payasum, Sungai Udang, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kini apa yang tinggal adalah masa untuk memastikan mandat rakyat dan hasrat pengundi ditunaikan.

“Rakyat melihat PAS yang berada dalam PN merupakan satu indikator positif, insyallah, gerakan ini yang akan melaksanakan pentadbiran yang bersih dan mandat rakyat harus ditunaikan dengan amanah. Doakan kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4438
Kongsi :
Previous post PRU15: Perubahan baharu Malaysia ‘signal’ rakyat untuk UMNO
Next post Pasca PRU15: Anggota perkhidmatan awam terus sempurna tugas demi rakyat, negara – Mohd Zuki
Ubah saiz-+=