
Kejayaan Janusha buktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia – PM
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Kejayaan Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) B. Janusha yang menjadi pegawai wanita pertama negara menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia juga menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.
“Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.
“Syabas dan tahniah PKK Janusha!” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Janusha, 23, yang merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.
Beliau mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.
Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
#DUYONGKITA ‘BERAYA’ DALAM STADIUM
DUYONG 8 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada 26 April depan menampilkan kelainan apabila bakal...
KANSER KOLOREKTAL: PEMBUNUH UTAMA KAUM LELAKI DI MALAYSIA
Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka [caption id="attachment_129099"...
CABUTAN BERTUAH MENANTI TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ASAHAN
ASAHAN 8 April - Hanya dengan memuat turun aplikasi Asahan Sejahtera, tetamu yang hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
SAMBUTAN HARI TVET NEGARA PADA 11 HINGGA 13 JUN DI MELAKA
PUTRAJAYA, 8 April - Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 akan diadakan pada 11 hingga...
STOK PLATELET BERKURANG, ORANG MELAKA BERAT LEBIH 55KG DISARAN TAMPIL DERMA DARAH
AYER KEROH 8 April - Bank Darah Melaka (Melakabloodbank) memaklumkan stok bekalan platelet mula menunjukkan penurunan sepanjang musim cuti perayaan...
TUJUH PELAJAR MRSM TERLIBAT KES BULI DISYOR TAMAT PENGAJIAN – ASYRAF WAJDI
NIBONG TEBAL, 8 April - Jawatankuasa disiplin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengesyorkan tujuh pelajar MRSM di sini yang terlibat...