Kehilangan terjawab

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MELAKA 7 Nov.- Tanda tanya kehilangan seorang lelaki warga emas terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam sungai kecil di Taman Seri Duyong, di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 71 tahun itu dikatakan ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mayat mangsa yang tidak berpakaian ditemui dalam keadaan telangkup di sungai kecil bersebelahan sungai besar.

Beliau berkata, pakaian dan sepasang kasut mangsa yang dicamkan oleh anaknya ditemui kira-kira 20 meter dari lokasi.

“Siasatan awal yang dijalankan oleh pasukan forensik mengesahkan tiada unsur jenayah selain tidak kelihatan kecederaan fizikal yang mungkin berpunca daripada perbuatan jenayah.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari sungai dengan bantuan pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Afzanizar berkata, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 8 malam pada 3 November.

“Pada 4 November kira-kira jam 9 malam anak mangsa membuat laporan kehilangan bapanya di Balai Polis Tiang Dua selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

“Susulan itu laporan disiasat oleh polis sebagai kes orang hilang,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Views:

270
Kongsi :
Previous post Bukan Isnin biasa, terima dengan hati terbuka
Next post Belanjawan 2021 inklusif, tidak berlebihan
Ubah saiz-+=