Sorting by

×

Kedudukan UTeM di peringkat antarabangsa melonjak naik

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 30 April – Kedudukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melonjak di peringkat global menerusi penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2022 yang diumumkan semalam.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, pencapaian terbaharu UTeM ini menunjukkan peningkatan kepada kedudukan ke 601-800 berbanding kedudukan 801-1000 pada tahun sebelumnya.

Jelasnya, pada kedudukan terbaharu ini memaparkan kekuatan UTeM menerusi tiga bidang utama daripada 17 matlamat menyeluruh yang terkandung dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ujarnya, kedudukan tertinggi yang dicapai UTeM adalah dalam SDG 1 No Poverty di mana UTeM berada pada kedudukan 81 berbanding 769 insitusi yang dinilai seluruh dunia dan pencapaian ini memperlihatkan komitmen UTeM dalam menangani kemiskinan tegar.

“Tambahan pula era pasca pandemik yang memperlihatkan kemiskinan sebagai salah satu masalah sosial yang mesti ditangani sejagat dan komitmen UTeM dimulakan dengan membantu mahasiswa serta warga kerja UTeM yang terkesan dengan pandemik ini,” ujarnya lagi dalam kenyataan.

Katanya, bagi SDG 6 (clean water and sanitation) pula UTeM berada pada kedudukan 201-300 manakala bagi SDG 7 (affordable and clean energy) UTeM berada pada kedudukan 201-300 juga.

Mengulas lanjut beliau berkata, pencapaian UTeM yang membanggakan dalam penarafan THE Impact Rankings 2022 ini menjadi bukti komitmen pelajar, staf dan rakan kolaborasi universiti kami yang terus komited menjana hasil berimpak global dan bermanfaat sejagat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1572
Kongsi :
Previous post JPJ tempatkan pegawai, anggota risik dalam bas ekspres
Next post Trafik di lebuh raya, jalan-jalan utama semakin sesak
Ubah saiz-+=