KEDAI POPIA POPULAR DIARAH TUTUP

Masa Membaca:59 Saat

BUKIT BARU 12 Oktober – Tiga premis jualan makanan di daerah Melaka Tengah diarah tutup selama dua minggu kerana didapati beroperasi dalam keadaan tidak bersih.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kesalahan itu dikesan menerusi Operasi Sarap yang berlangsung semalam dan tindakan diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menurut beliau, antara yang diambil tindakan adalah sebuah kedai popia popular di Jalan Munshi Abdullah, selain dua lagi gerai sarapan pagi.

“Dalam operasi ini kita memeriksa sebanyak 24 premis makan bagi menentukan tahap kebersihan dan keselamatan makanan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Ketiga-tiga premis ini diarah tutup selama 14 hari dan akan dibenarkan beroperasi semula selepas tindakan pembersihan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), di sini, malam tadi.

Dalam operasi sama, Hee Sem memaklumkan, sebanyak 56 notis telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 membabitkan jumlah kompaun sebanyak RM16,200.

“Justeru saya menasihatkan kepada semua premis makanan supaya menjaga kebersihan bagi mengelakkan tindakan tegas diambil ke atas mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8925
Kongsi :
Previous post IBU TUNGGAL BEBAS TUDUHAN BUNUH ANAK ENAM TAHUN
Next post AKTA 852: JKN MELAKA ‘TERJAH’ 1,638 PREMIS
Ubah saiz-+=