
Kedai emas disamun, kerugian dianggarkan lebih setengah juta
IPOH, 10 September – Tiga pekerja sebuah kedai emas berdepan detik cemas sewaktu baru memulakan operasi perniagaan apabila disamun dua lelaki yang melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM660,000 dalam satu rompakan di Selasar Rokam, Taman Ipoh Jaya di sini hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya dimaklumkan mengenai rompakan itu kira-kira 10.15 pagi dan polis bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
“Hasil siasatan awal mendapati dua lelaki telah mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga pekerja semasa mereka hendak membuka kedai lalu melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai.
Namun ketiga-tiga mangsa tidak mengalami kecederaan semasa kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihaknya sedang giat memburu dua suspek berkenaan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Fadli Ahmad 019-2500019 untuk membantu siasatan polis.
Tinjauan Bernama ditempat kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi tersebut yang terletak dalam kawasan lot perniagaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
