Kedai dobi layan diri di kawasan PKP boleh beroperasi
KUALA LUMPUR, 14 Jan. – Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, pengusaha premis dobi layan diri perlu memastikan pelanggan mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan COVID-19.
“Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi dengan syarat terdapat seorang pekerja yang memantau dan menjaga SOP.
“Antaranya melakukan saringan suhu badan kepada pelanggan sebelum masuk, mengimbas kod QR MySejahtera, memakai pelitup muka, menyediakan cecair pembasmi kuman, memastikan penjarakan fizikal dan tidak bersesak,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Kementerian Pertahanan hari ini.
Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan SOP oleh kedai dobi layan diri tersebut.
Kerajaan sebelum ini mengeluarkan SOP membenarkan kedai dobi untuk beroperasi di kawasan PKP kecuali dobi layan diri kerana tiada pengawasan di premis berkenaan.
PKP dilaksanakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah mulai 13 hingga 26 Jan ini. BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
TUISYEN PERCUMA PANTAI KUNDOR DITERUSKAN
PANTAI KUNDOR 6 Januari - Inisiatif tuisyen percuma untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri...
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...